Istana Seri Kinabalu sekali lagi menjadi tumpuan apabila dikatakan mungkin ada pergerakan membabitkan ahli politik di negeri ini pada petang Sabtu.
Pergerakan itu dipercayai susulan daripada pergolakan politik yang berlaku di negeri ini selepas Barisan Nasional Sabah mengumumkan untuk menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor pada Jumaat.